Friday, June 15, 2007

Pengalaman Semasa Cuti Sekolah

Cuti sekolah selama dua minggu telahpun berlalu. Saya berasa cuti sekolah berlalu dalam sekelip mata sahaja dan cuti selama dua minggu seolah-olah tidak mencukupi. Bukan sahaja itu, saya masih tidak mempunyai semangat untuk belajar tetapi masih diperlukan untuk pergi ke sekolah kerana ini merupakan kewajipan seorang pelajar. Walau bagaimanapun, pada masa cuti sekolah, pelbagai peristiwa telah berlaku. Peristiwa ini terdiri daripada yang gembira dan juga yang tidak berat hati. Oleh sebab itu, saya akan menceritakan semua pengalaman saya semasa cuti sekolah di dalam blog ini.

Pada hari cuti sekolah yang pertama, saya berasa bersemangat sekali oleh sebab peperiksaan pertengahan tahun sekolah telahpun tamat. Ini menyebabkan semua tekanan terhadap peperiksaan hilang dalam diri saya. Pada waktu pagi hari tersebut, sekeluarga saya bersetuju dengan cadangan kakak saya, Su Yi untuk membeli-belah di pusat beli-belah “Midvalley Megamall”. Tujuannya adalah untuk membeli barangan keperluan seharian kepada kakak saya bagi dibawa ke luar negara. Dia akan melanjutkan pelajarannya ke United Kingdom (UK). Selepas selesai membeli-belah, kita menjamu di sebuah restaurant di dalam pusat beli-belah itu. Sebelum bapa membayar bil makanan, saya bercadang untuk menonton wayang bersama-sama. Saya bercadang sebegitu kerana kita jarang menonton wayang bersama-sama disebabkan kakak kedua saya, Su Mei sentiasa sibuk dengan tugasan universitinya. Pada hari tersebut, walaupun saya berada dalam keadaan yang letih selepas balik dari pusat beli-belah, tetapi saya berasa sangat bahagia kerana kita dapat melakukan semua perkara bersama-sama bak kata “ringan sama dijinjing, berat sama dipikul”.

Pada hari seterusnya, kita telah mengemaskan pakaian masing-masing sebelum bertolak balik ke kampung yang terletak di Ipoh. Ini merupakan permintaan kakak saya kerana dia ingin menjenguk datuk dan nenek untuk kali terakhir sebelum pergi ke luar negara. Apabila kita sampai ke rumah datuk, nenek menyambut kita dengan tangan terbuka. Selain itu, kita juga telah membeli beberapa buah tangan untuk mereka. Tidak lama kemudian, saudara-saudara saya telah sampai dan kita telah berbual-bual sepanjang malam.

Pada keesokan harinya, kita bangun dengan awal dan melawat ke dusun buah-buahan datuk. Terdapat beberapa jenis pokok buah-buahan yang telah berbunga. Datuk telah memilih beberapa jenis buah-buahan kepada kita untuk dirasakan. Buah-buahan ini berasa manis dan sedap sekali. Saya berasa amat bertuah kerana pada hari tersebut saya berpeluang merasai buah-buahan yang segar serta dapat tengok dusun buah-buahan dengan mata sendiri dan bukan semata-mata membaca tentang esei-esei yang menceritakan dusun buah-buahan sahaja. Selepas itu, kita bersedia untuk makan sarapan pagi iaitu “dim sum”. Sejak kecil lagi, “dim sum” merupakan makanan yang paling saya gemari. “Dim sum” ini disediakan oleh nenek saya dan rasanya sedap sekali.

Setelah tinggal di kampung untuk satu minggu, sudah tiba masanya untuk kita balik ke rumah. Sebelum bertolak balik ke rumah, nenek telah memberi sebakul buah-buahan kepada kita. Kakak saya juga menangis dan berpeluk nenek dan datuk kerana tidak akan berjumpa dengan mereka selama satu tahun dan dua bulan. Selepas itu, barulah kita bertolak balik ke rumah. Dalam perjalanan balik ke rumah, bapa akan memandu melalui Bidor. Bidor merupakan sebuah pekan kecil yang mempunyai sebatang jalan sahaja. Selain itu, Bidor juga terkenal dengan mee itik pahanya. Oleh sebab itu, sebelum meneruskan perjalanan untuk balik ke rumah, bapa membawa kita untuk merasai keenakan mee itik paha yang kita belum pernah merasai. Rasa mee tersebut memang enak sekali. Selain itu, kita telah membungkus mee ini untuk dimakan semasa berada dalam kereta. Apabila kita tiba ke rumah, hari telah menjadi malam. Oleh sebab itu, kita berputus untuk mengemas pakaian magins-masing pada hari keesokan.

Sudah tiba harinya untuk kakak bertolak ke luar negara. Kita sekeluarga menghantar dia ke lapangan terbang KLIA. Selepas mendaftar masuk, hanya tinggal beberapa jam untuk kita bersembang dan sebagainya. Kita telah menggunakan masa yang singkat ini untuk bersembang dengan dia dan menangkap gambar. Pada pukul 4p.m., kita dikehendaki berpisah. Keadaan pada masa itu sangat sedih kerana kita tidak dapat berjumpa dengan dia selama satu tahun. Emak saya, kakak kedua saya dan saya telah menitis air mata dengan banyak disebabkan perasaan tidak berat hati. Akhirnya, dia terpaksa pergi dan barulah kita balik ke rumah.


Pada masa cuti sekolah yang lalu, saya telah mempelajari sesuatu yang amat penting dalam kehidupan saya, iaitu kita mesti sentiasa menyayangi dan menghargai anggota keluarga serta kawan-kawan kita.. Jika salah seorang anggota keluarga hendak pergi ke tempat yang jauh dan kita tidak menghargai mereka dengan sepenuh hati, kita pasti akan menyesal.

Oleh,

Kong Zhuo Li

2 comments:

Aaron Lee Beng Siang said...

thx :D u saved me from doing 50 push-ups XD

Aaron Lee Beng Siang said...

thx :D u saved me from doing 50 push-ups XD