Monday, March 5, 2007

Minggu Bahasa (Pertandingan Drama)

Minggu lepas ialah "Minggu Bahasa" untuk sekolah kami. Kami sepatutnya menyertai suatu pertandingan, iaitu pertandingan drama tetapi kami tidak diberi sebarang pengetahuan tentangnya. Sehinggalah tiga hari sebelum pertandingan tersebut, guru Bahasa Melayu kami, Pn. Hanim memberitahu kami bahawa kami akan menyertai pertandingan tersebut.

Oleh sebab itu, kami bertungkus-lumus mengadakan mesyuarat untuk pertandingan tersebut. Kami telah memohon agar guru mata pelajaran yang lain boleh meminjamkan masa pengajaran mereka untuk kami bermesyuarat. Penulis skrip kami, Grace dan Mei Shan perlulah menghabiskan semalaman untuk menuliskan skrip drama "Penunggu Pusaka" yang agak panjang juga. Kami, Zhuo Li, Chong Sheng dan Chien Lung telah pergi ke rumah Mei Shan untuk berbincang tentang drama tersebut.

Pada hari kedua, Grace dan Mei Shan telah berjaya menghabiskan skrip drama tersebut. Kami memang kagum dengan mereka kerana kerjasama antara Grace dan Mei Shan dapat menghabiskan skrip drama dalam satu hari sahaja.Tahniah diucapkan. Kami juga bernasib baik kerana semua pelakon dan kru drama hadir ke sekolah. Kami telah berlatih sepanjang hari.Tentulah pada kali pertama kami berlatih, banyak kesalahan yang kami lakukan. Kami juga memikirkan cara-cara yang dapat menghiburkan penonton pada hari pertandingan tersebut.
Selain daripada itu, kami juga bercadang untuk tinggal di sekolah sehingga lebih kurang pukul tiga. Kebanyakan pelakon dan kru drama telah bersetuju dengan cadangan itu dan kami telah berjaya berlakon dengan lebih baik daripada sebelum itu.

Pada hari ketiga pula, situasinya hampir sama dengan hari yang kedua. Kami berlatih dengan menggunakan sepenuh tenaga kami. Ada pelakon yang bermula berpusat lecu tetapi untuk mencapai gol(memenangi pertandingan drama) kami, kami berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Kami juga tinggal di sekolah selepas waktu tamat sekolah dan kami bercadang untuk membuat satu bab yang dapat menghiburkan penonton-penonton. Pelakon utama dalam bab tersebut ialah Chong Sheng dan kami memerlukan Chong Sheng menari semasa menjampi. Pada hari ini, semua pelakon sudah dapat menghafal skrip masing-masing.

Hari pertandingan yang dinanti-nantikan telahpun tiba. Semua orang berasa panik tetapi seronok. Sebaik sahaja pelakon-pelakon kami sampai di sekolah, kami perlu menyalin pakaian dan sebagainya. Yang paling lucu ialah bomoh kami iaitu Chong Sheng. Dia tidak sanggup memakai pakaian yang terlalu jarang. Akhirnya, Chong Sheng dipaksa memakai satu kostum yang bercampuran sami Cina, bomoh Melayu dan juga orang asli yang dipanggil sebagai orang ulu.

Semasa di atas pentas, banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Perkara yang tidak munasabah ialah pelakon perlu berlakon tanpa menggunakan mikrofon atau pembesar suara. Namun begitu, kami tidak bersikap panik tetapi menyelesaikan masalah dengan sikap yang tenang. Akhirnya, kami memerlukan pelakon kita menjerit semasa berlakon agar para juri dapat mendengar dialog kami.

Selepas berlakon, satu perkara yang sangat serius telah berlaku. Kami telah menghilangkan sarung yang dipinjam oleh Pn. Hanim. Sarung tersebut merupakan hadiah yang diberi oleh suami beliau. Kami telah mencari seluruh sekolah tetapi masih gagal mencarinya. Pada hari kedua selepas pertandingan drama, barulah kami dapat sarung Pn. Hanim kerana sarung tersebut diletakkan di dalam laci kelas. Bomoh kami, Chong Sheng juga berasa lega hati kerana tidak menghilangkan sarung tersebut.

Beberapa hari telah berlalu dan semua orang ingin mengetahui keputusan pertandingan drama. Pada mulanya. Kami mendapat khabar angin bahawa kelas kami yang memenangi pertandingan tersebut. Kami berasa ragu tentang khabar angin tersebut tetapi selepas mendapat kepastian daripada Pn. Hanim dan Pn. Ivonne, kami semua berasa sungguh gembira. Usaha kami yang sentiasa bekerjasama sangat berbaloi kerana dapat memenangi pertandingan tersebut.

2 comments:

Hanim Salleh said...

Masih mengharapkan sarung yang hilang :((

maeseekach said...

Casinos Near Me - The Top Four Casino Bonus Codes
These casinos offer you 스포츠 토토 라이브 스코어 the latest and most popular casino 바카라 양방 bonus codes, casino bonus offers, and 사설 사이트 casino welcome bonus 온라인포커 offers, as well as other casino 힘 숨찐 챌린지 bonuses available.