Tuesday, March 6, 2007

Sambutan Tahun Baru Cina

Perayaan yang dinanti-nantikan oleh semua orang Cina telah pun tiba. Tahun ini juga merupakan tahun khinzir. Pada cuti Tahun Baru Cina, ada orang yang melancong ke luar Negara, ada yang yang menziarahi saudara-mara, ada juga orang yang mengambil kesempatan ini untuk berehat di rumah disebabkan oleh letih bekerja. Untuk saya, saya dan sekeluarga saya telah balik ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina.

Sebelum hari pertama Tahun Baru Cina, kami sekeluarga telah berkumpul di rumah nenek untuk bersama-sama makan malam. Pada hari tersebut, nenek telah menggunakan masa seharian untuk menyediakan hidangan pada malam ini. Pelbagai lauk telah disediakan oleh nenek dan semua lauk juga enak sekali. Selepas makan malam, kami pun balik ke rumah untuk berehat sebelum bertolak ke Johor Bahru (kampung saya) pada hari keesokannya.

Pada hari pertama Tahun Baru Cina, kami telah bersedia untuk bertolak ke Johor Bahru. Kami sekeluarga telah memakai baju yang baru dibeli semasa menziarahi saudara. Apabila kami sampai di rumah saudara, mereka menjemput kami dengan gembiranya. Sudah lama sekiannya kami tidak menziarahi saudara-mara kita. Oleh sebab itu, kami berbual-bual dengan mereka. Mereka juga menghidangkan biskut-biskut yang cantik lagi sedap kepada kita.Selain itu, orang dewasa yang telah berkahwin memberi “angpau” kepada remaja yang lebih muda dan saudara yang masih bujang lagi.

Tidak lama kemudian, kami terdengar bunyi gendang. Bunyi gendang tersebut segera mengingatkan kami tentang kumpulan tarian singa. Kami segera keluar ke luar rumah untuk menyaksi tarian tersebut. Saudara kamilah yang menjemput kumpulan tarian singa dengan tujuan menjaga keamanan dalam rumah mereka dan menceriakan lagi suasana Tahun Baru Cina.

Waktu malam telah pun tiba. Kami dijemput oleh saudara-mara untuk makan malam dalam rumah mereka. Suasana pada waktu malam tersebut sungguh meriah kerana terdapat beberapa lagi saudara yang datanag ke rumah mereka. Sebelum lauk-pauk dihidangkan, “Yee Sang” dihidangkan dahulu. Semua orang memenuhi tempat duduk meja makan dan sama-sama makan “Yee Sang” yang sedap itu. “Yee Sang” membawa maksud meningkatkan pencapaian dalam semua perkara dan memperolehi kejayaan dalam tahun ini. Selepas itu, barulah lauk-pauk dihidangkan dan semua orang makan dengan seronok.

Tahun Baru Cina pada tahun ini memang menyeronokan. Walaupun tahun ini kerajaan telah mengharamkan orang bermain dengan mercun, tetapi kami masih boleh menyambut perayaan ini dengan gembiranya. Saya juga berasa gembira sekali kerana dapat menziarahi saudara saya yang sekian lama tidak bertemu. Akhir sekali, saya harap Tahun Baru Cina pada tahun hadapan akan menjadi lebih meriah lagi dan saya akan mendapat lebih banyak “angpau”.

No comments: