Friday, March 9, 2007

Remaja

Tidak dapat dinafikan, gejala remaja semakin berleluasa di negara kita, terutamanya menjelang era globalisasi.Walaupun pada peringkat awal, gejala remaja jarang-jarang dilakukan oleh remaja di negara kita, namun kini menjadi satu kebiasaan bagi sesetengah mereka sinonim dengan peribahasa “alah bisa tegal biasa”.

Sesetengah remaja pada masa kini selalu menimbulkan banyak masalah yang bukan sahaja mencemarkan imej Negara kita, keluarga mereka dan mereka sendiri tetepi juga mendatangkan impak negatif terhadap mereka,Antara masalh yang dihadapi adalah merokok, ponteng sekolah, menagih dadah, membuli pelajar dan lain-lain lagi.Masalah-masalah ini membebankan ibubapa serta Negara .Tbubapa perlu membazirkan wang untuk mengupah kaunselor untuk menolong anak mereka dan imej Negara turut dicemar.Memandangkan Malaysia Negara yang bergantung pada sektor pelancongan, jika imej Negara tercemar maka kuranglah bilangan pelancong yang datang bercuti di Malaysia.

Ada banyak faktor yang menyebabkan remaja melakukan kesalahan tersebut.Pengaruh rakan sebaya adalah antaranya. Kebanyakan kes penagihan dadah dan rokok adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Jika seseorang itu tidak tahu membezakan yang mana baik dan buruk umpama “hanya jauhari mengenal manikam maka mudah terpengaruh. Kita semua tahu apabila seseorang itu menagih dadah, maka amat susahlah untuk seseorang itu berhenti.

Pengaruh media massa juga memainkan peranan dalam perleluasan gejala remaja ini. Pada era yang moden ini, banyak filem yang mengandungi aksi-aksi ganas sedang disiarkan di televisyen. Ada juga filem yang membayangkan merokok atau membuli sebagai aksi yang “bergaya”. Selain itu, kekurangan kasih saying daripada ibubapa juga menyebabkan golongan remaja mudah terpengaruh dengan gejala jahat. Jika ibubapa tidak mendidik dan mengajar anak masing-masing maka anak mereka akan membuat kesalahan yang akan mereka menyesali pada masa hadapan.

Nasib baiknya ada usaha yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah ini daripada berlaku. Bak kata “setiap penyakit ada penawarnya”. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, usaha yang paling dominan dalam mengatasi masalah ini adalah dengan cara ibubapa harus memainkan peranan mereka. Dalam hal ini, ibubapa harus didik anak sejak kecil untuk membezakan yang buruk dan baik. Bukan itu sahaja, ibubapa harus menjadi contoh kepada anak-anak supaya tidak melakukan perbuatan jahat. Ibubapa juga patut mengenakan denda berat terhadap anak-anak yang melakukan kesalahan. Fenomena ini bertepatan dengan peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Seterusnya. Penguatkuasaan undang-undang juga merupakan langkah yang berkesan dalam menangani masalah ini. Undang-undang yang tegas boleh menjadi pengajaran kepada pesalah. Selain itu, pesalah-pesalah patut dipaksa melakukan kerja-kerja sukarela dengan memakai uniform khas seperti yang dipraktikkan si Singapura. Walaupun usaha yang dilakukan ini amat rumit kerana melibatkan pelbagai pihak tetapi hasilnya amat positif sinonim dengan peribahasa “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.

Kesimpulannya, gejala remaja patut diatasi dengan segera sekiranya kita mahu mengurangkan kes-kes jenayah yang berlaku dalam negara kita. Bagi merealisasikan impian negara mencapai sebuah Negara yang maju menjelang wawasan 2020, masalah ini harus dicegah hingga ke akar umbinya.

No comments: